Matriks Atau Asasi

Yg baca ni mesti expect I'll give you the pros and cons about both studies kan? That's why you are reading this right now ;-p But I got confuse too about which one to choose! HAHAA!

Okay wait. If you read my earlier post, I told you that I wanna go for foundation. Memang teramat sangat lah NEKAD dan YAKIN dengan keputusan tu. I am that type yg nampak haluan masa depan and I usually know what's best for me (owing to lots of research I've done before). Cikgu-cikgu Maths & Science subjects pulak masa lepas SPM tu macam suggest ambik matriks. Tapi masatu memang 100% nak sangat asasi. Hopefully dapat la asasi sains Uitm atau AsPer UPM (result UPU keluar 21 Mei ni). 

Yg nekad sangat nak asasi ni sebab nak sambung medicine. YES AMBIK MATRIKS PUN BOLEH JE SAMBUNG MEDIC! But you guys know what? Kalau ambik matriks, you need 4 flat to be accepted in medicine degree. Full stop. No argue. No compromise. My Maths teacher yg paling rapat has an elder brother who happened to be a physiology lecturer in USM, Kubang Kerian, Kelantan. He was a medical doctor but from time to time, dia rasa taknak buat round dekat ward. (round dekat ward means check pesakit one by one to monitor their health - if you're not used to "hosp vocab" HAHAA). So, he further studied in Master in Physiology. Now dah sambung PhD dekat UKM. Aight back to what I wanted to tell you - that doctor ada sorang student lepasan matriks. She got 3.98 for her matrics :') with that pointer, she applied for medicine dekat USM. But guess what? TAK DAPAT! Yes. Kalau tengok requirement dekat laman web USM, memang dia tetapkan minimum pointer matriks 3.50 tapi ITU SEMUA DUSTA hahaa. Dia nak 4 flat jugak. Like I told you, yg dapat 4 flat ni ramai so kenapa dia nak kena pilih yg lower than 4 flat especially for critical courses like medicine? That unlucky student, akhirnya terpaksa la ambik pharmacay, if I'm not mistaken.

"Oh, habistu kalau ambik asasi, tak 4 flat pun boleh sambung medic la?"
Like my earlier post, university ni akan utamakan student asasi sebab student asasi ni dah terikat dengan university tu. Dia wajib ambik degree dekat situ UNLESS dia student asasi UiTM atau UM (means dia boleh ambik degree kat tempat lain). So berdasarkan konsep tu, yg ambik asasi ni pointer kena tinggi jugak untuk sambung medic cuma takda la 4 flat. Tapi kalau asasi UiTM nak sambung medic dekat university lain rasanya kena 4 flat jugak. Nak sambung medic dekat UM lagi la kena 4 flat. UM ni, bak kata senior, cutthroat weh HAHAA! 

Jadi itu lah sebabnya yg beriya sangat nak asasi ni. Some sort of secure :')

TAPI entahla. Tiba-tiba kan satu hari ni tergerak pulak hati nak buat research pasal student medic. Terbaca la dekat satu page e-news ni. Negara Malaysia menghasilkan 5,000 graduan perubatan SETIAP TAHUN! Dan dijangkakan menjelang 2021, terdapat 2000 graduan perubatan akan menganggur. SADISNYAAAAA. Jadi doctor ni untuk selamatkan nyawa orang. Tapi kalau dah menganggur, nak selamatkan nyawa apanya huhu. At times like this, kena jadi rational. Bukan setakat fikir apa yg kita nak lagi dah. Yuran medic dah la mahai. Kalau menganggur, cemana nak bayaq balik loan? 😭 bukan nak lemahkan semangat diri sendiri tapi memang kena fikir benda yg kita taknak fikir pun. Lagipulak I'm someone yg MEMANG akan fikir jauh ke depan. So external factors macamni lah yg buatkan I lose hope. 

And and and another fact about me is that I can't think of anything else other than being a medical doctor. I don't know is that an advantage or vice versa. All I know is that I want to be a medical doctor not because of the title in front of my name. Not because of fame (doctors got no time for that). Not because of the honour I'll get. Not because of anything related to worldly life (poyo) tapi sebab I really wanted to be a doctor. I like that feeling when I'm in a hospital. I like that moment when I was able to breathe in hosp odour. I like to be important and occupied. Oh my :(

So dah samar-samar gini, kena jugakla ada back-up plan. Actually memang dari dulu dah ada back-up plan. Tapi makin lama makin lupakan back-up plan tu HAHAA!

FORENSIC SCIENCE! That's what I planned for. Degil betul kan? Nak jugak bahagian health science hehe. Tapi dah minat bahagian tu, nak buat macam mana ;-p 

But still. Persoalan tak terjawab lagi. MATRIKS atau ASASI? Dah kalau tawar hati nak ambik medic, masuk matriks jelah kot. Yela sebelum ni nak masuk asasi sebab nak ambik medic. Lagipun orang yg tak pasti lagi nak ambik degree apa, SEBAIKNYA masuk matriks. Sebab matriks ni belajar in general. So nanti depends la pada result ya :') kalau comey, bolehla apply medic (itupun mungkin selepas berpuluh kali solat istikharah).

Tapi. (Banyak pulak tapi). Tempat asasi pulak tak best sebab still dalam negeri. Nak jugak pergi negeri lain :( Ada senior kata pusat matriks tu tak best sebab blok dia buruk HAHAA! Takpalah. Ni baru siapkan semua documents needed. 24 Mei 2018 mendaftar. I will just go for matriks then. May ALLAH ease. And at the same time gatai jugak nak tahu dapat ka dak asasi even though dah taknak fikir pasal sambung asasi :-p

Oh ya. Belanja sikit la pros and cons asasi and matriks dah alang-alang tu. Pros and cons tu dipengaruhi oleh tahun and kerajaan jugak sebenarnya. Kan baru-baru ni tukar kerajaan so tak tahu la kalau next year lain pulak proses dia :)

WAKTU PENGAJIAN
Okay kalau last year, student asasi masuk IPT masa bulan April. Disebabkan tempoh pengajian adalah setahun, this year, diorang habis asasi masa pertengahan bulan April. Tahun ni, batch 00, tak tahu la kenapa LAMBAT sangat nak sambung belajar dalam IPTA. Result UPU pun keluar lewat. Kalau dapat asasi, students akan masuk lepas raya nanti, bulan June. So the next year (tahun 2019), diorang akan habis study masa pertengahan bulan June jugak.

Tapi kalau matriks, masuk hujung Mei ni. So next year keluar hujung Mei jugak. Ala beza sebulan je matriks dengan asasi ni habis belajar. Tapi sebab takut tak dapat asasi, prepare siap-siap la untuk matriks. Takut masa dekat-dekat nak daftar nanti jadi kalut. Tapi itulah. Dah alang-alang prepare untuk matriks, baik pergi matriks je kan HAHAA.

ELAUN
Baru dapat tahu semalam yg student asasi kena mohon elaun sebab elaun ni cuma untuk yg layak je. Ingatkan semua dapat. Kalau asasi UiTM, syarat dia pendapatan keluarga bawah RM 5,000. Senior kata nak siapkan documents untuk masuk asasi ni tak leceh. Matriks leceh sangaaaaat. Cuma bila student asasi nak apply elaun, leceh sikit nak siapkan documents needed.

Matriks pun sama. Elaun kena mohon. Ingatkan semua dapat. Tapi tak tahu la permohonan tu leceh ke tak. About yuran for both matriks and asasi, please read my earlier post :)

Rasanya 2 ni je kot faktor yg menggugat keputusan waktu saat-saat akhir :') Kalau korang tengah was-was untuk decide pergi mana, share lah sikit huhu. Harap membantu!

Comments