Pathways to Choose After SPM

Aight I know it might be too late to update this post since pelajar tingkatan 6 pun dah mendaftar masuk ke pusat pra-U masing-masing. Result kemasukan ke Matrikulasi pun dah keluar. Tinggal tunggu result UPU je kan? Tapi takpalah I hope this will be helpful for other juniors out there.

Well. I feel the urge to write this because even though I'm batch 00 yang tengah tunggu result UPU jugak, I know I'm way more experienced than most of SPM-leavers out there when it comes to education pathways 😏😆 maybe because I have many seniors in my circle and I did A LOT of research throughout my high school years. And that's the perk of having elder brothers and sisters. They can guide you in many things you might not know. So nak share sikit la experience yang tak seberapa ni.

FIRST EXPERIENCE, ada yang tak tahu pathways selepas SPM. Which means, dia tak tahu peluang apa yang menunggu dia dekat luar sana. Ada yang tanya, "kalau ambik asasi, boleh terus ambik degree tak?" Okay daripada soalan ni, nampak sangat dia tak tahu apa beza asasi dengan degree. Lepas asasi memang la ambik degree aduhai. So dekat bawah ni nak share about education pathways. Tingkatan 6, asasi (foundation), matrikulasi, diploma, A-Level, International Baccalaureate ADALAH SETARAF. So pilih salah satu daripada tu sebagai laluan ke Degree ;-)



Next, apa beza semua ni? Okay kalau tengok dalam diagram, dah dinyatakan tempoh pengajian.

TINGKATAN 6
Bila cakap pasal form6, mesti ramai yang "eww" kan HAHAA! This must be because students form 6 ni still berada dalam school compound. And I know majority SPM students cuma fikir nak belajar jauh-jauh and ada yang nak ke oversea. But you guys tahu tak standard tingkatan 6 ni sangatlah tinggi dalam Malaysia dan LUAR NEGARA. Yes, sijil STPM memang bernilai compared to foundation and matriculation.

• Sijil STPM boleh digunakan untuk cari kerja (gaji sama dengan level diploma) dan untuk sambung belajar luar negara.

• Dalam uni awam (UA), pihak institusi lebih memilih pelajar STPM berbanding matriks. 
→ Which means student STPM ni privilege lah. Let say, ada sorang student matriks ni dapat pointer 3.50 and sorang lagi student STPM pun pointer 3.50. Probability untuk student STPM tu diterima masuk lebih tinggi daripada student matriks even though pointer sama. Tapi kalau pointer student STPM ni tak cantik pun useless jugak. Seeloknya score 3.00 and above. Ini apa yg senior STPM cerita la.
 
• Yuran pendaftaran tu bayar yuran PIBG RM100. Tak kira la aliran apa sekali pun. Tapi mengikut sekolah, ada yuran tambahan yg lain cuma tak mahal. Tak ada yuran untuk setiap semester macam pengajian lain. Dari segi kos, STPM sangatlah jimat 😊

• Aight nak cakap sikit tentang aliran sains STPM (because I'm a science student who wanted to pursue science). STPM ni PALING SUSAH untuk aliran sains. Kalau nak ambik aliran sains masa tingkatan 6, pastikan minimum add maths SPM B ya. Exam STPM tu, tak semestinya budak diploma boleh jawab tau. Yang 4 flat tu majority bukan dari aliran sains tapi aliran kemanusiaan etc. And berdasarkan pengalaman, student sains SPM yang ambik aliran selain sains masa STPM, they are likely to score 4 flat ;-)

* Nak masuk F6 tak perlu apply UPU tapi nama akan automatic dipilih tanpa mengira kuota mengikut bangsa.
* Kena apply UPU selepas tamat tingkatan 6 untuk sambung degree.

ASASI (FOUNDATION)
Asasi ni ada 2 cabang besar - sains dan seni. Daripada 2 cabang ni pula dipecahkan kepada bidang pengkhususan masing-masing. Faham tak? Okay camni. Kalau ada buat research, UA seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, merupakan UA yang PALING BANYAK menawarkan bidang asasi. Tapi dia takda "Asasi Sains", "Asasi Seni". Dia tawarkan mengikut pengkhususan ijazah sarjana (degree) terus. Contoh, Asasi Perubatan, Asasi Pergigian, Asasi Farmasi etc. So conclusion nya, yang ambik asasi ni dia memang dah tahu dia nak ambik degree apa. Because once you're in, there's no way out 😏 kalau ambik Asasi Perubatan, confirm sambung MBBS tapi perlu ikut syarat kelayakan jugak. Ada lah pointer yg ditetapkan. Macam mana kalau pointer tak lepas? Ha dia tendang je awak pergi ambik kursus mana-mana. So sebelum ambik asasi ni, pikiaq dulu masak-masak nak sambung bidang apa and PASTIKAN you can survive!

Ada sorang senior ni (kan I told you I've many seniors in my circle 😆), dia dapat 10A SPM (yes, dia memang pandai) and dia ambik Foundation in Defense Medicine at Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Ayah dia police officer and dia memang nak masuk military tapi under department perubatan. Dia kata, dekat UPNM ni kalau tak lepas pointer masa first sem, student tu akan "ditendang" ambik bidang sains komputer (still bawah UPNM la). Ha sayang sangat kan? Masuk dengan harapan nak jadi Leftenan Muda Doktor tapi tak sampai separuh jalan dah kena reject. Ada kawan dia 2-3 orang yg kena tukar aliran. Luckily he survived :-)

Okay special note kepada student sains SPM yang nak ambik asasi untuk sambung medic.
→ Nak sambung medic ni kena 4 flat tak kira la STPM ke Matriks ke Asasi ke (sebab saingan sengit. kalau pointer 3.50 and above boleh je apply medic tapi probability diterima adalah rendah). Specialties ambik asasi ni, pointer tak semestinya 4 flat untuk sambung medic. Cuma kena sambung dekat universiti sama je la. Maybe bosan sikit (bagi saya hehe). Let say dekat UPM, kalau Asasi Sains Pertanian (ASPer) lepas pointer 3.75 dah boleh apply medic. Dekat UPNM, kena lepas pointer 3.67. Dekat UIA, kena lepas pointer 3.50. Kalau nak lagi tepat dan detail, sila check kelayakan Doctor of Medicine (MD) atau Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) dekat laman web universiti berkenaan. Apa beza MD dengan MBBS? Senior kata MD ni ikut syllabus USA. MBBS pula ikut syllabus UK.

Aight even though nama asasi tu berbeza mengikut pengkhususan, tapi dia belajar subjek yg sama je. Asasi sains akan belajar subjek PCB & Maths (Phy Chem Bio Maths). Asasi seni pulak. Hm. I've one friend yg ambik Asasi Seni dekat INTI. Dia student sains yg perform tapi dia pilih asasi seni sedangkan dia nak jadi doktor. Dia kata belajar asasi seni tu best so dia pun lupakan cita-cita dia. Plus, dia dapat 50% scholarship so takpalah. Pengkhususan dia apa? Masscom (Mass Communication). Subjek apa yg dia belajar tu I'm not sure.

Yuran. Asasi ni mahal sikit berbanding matriks especially science stream. Sila rujuk laman web UA / US berkenaan utk survey ya. Yuran setiap semester RM1600 kalau tak silap. Yuran masa mendaftar pun ada.

Allowance. Student asasi akan dapat allowance setiap semester. Satu semester 6 bulan. Berdasarkan research (cehh cara cakap hahaa), allowance tu cukup untuk bayar yuran setiap sem. Cuma lepas dah bayar tu tinggal berapa je kat kita so pandai-pandai la bertahan untuk 6 bulan.

F6 kena apply UPU untuk sambung degree. How 'bout foundation? Okay foundation ni sebenarnya terikat dah dengan universiti tu so tak perlu apply UPU untuk sambung degree. Cuma apply UPU masa nak masuk asasi je.

Nak cakap sikit pasal "Asasi Terbuka". Pernah dengar? To be honest, I only heard about that from my peer just this year. Okay kalau masuk asasi ni, kena sambung degree dekat universiti tu juga. Contoh dah masuk UIA, degree pun situ jugak. KECUALI UiTM dan UM. Kalau buat asasi dekat 2 universiti ni, lepas habis asasi kena apply UPU semula untuk sambung degree. Masatu tak kisah nak sambung degree dekat UiTM / UM jugak atau universiti lain. Kenapa macamtu? Sebab syllabus asasi ni berbeza-beza mengikut universiti. Cuma beza dia tu lain sikit je. That's why universiti tak terima student asasi dari universiti lain. Cuma student asasi UiTM dan UM je diiktiraf universiti seluruh Malaysia. Ada sorang senior lagi, dia ambik asasi dekat Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tapi lepastu dia sambung belajar tempat lain. Dia kena ambik diploma pulak untuk sambung degree sedangkan diploma dan asasi tu setaraf. As though jadi student F5 dua kali. Bazir masa je. 

Oh ya. SECOND EXPERIENCE, ada classmate sorang ni drop SPM Biology sebab dia nak focus pada Degree in Chemical Engineering. Mula-mula dia nak ambik tingkatan 6 so tak ada masalah la sebab F6 ni kena pilih either Phy & Chem atau Chem & Bio. Yes. Daripada 3 subjek sains ni boleh drop salah satu. Kalau nak Chemical Engineering ni ambik Phy & Chem la. But then she told me she wanted to pursue foundation pulak. TAK BOLEH ya kanak-kanak sekalian hehe. Sebab kelayakan asasi sains ni wajib ada ketiga-tiga subjek sains SPM tu.

* Kalau pointer asasi tak lepas merit, tak boleh sambung degree tapi kena ambik diploma. Kalau asasi UiTM, dia akan tawarkan diploma di UiTM jugak kalau pointer first sem teruk. Kalau asasi tempat lain, tak pasti pulak. Tapi pointer first sem tu penentu sama ada stay asasi atau kena buang.

* I talk A LOT about foundation ni sebab I planned to pursue foundation in science. Dari dulu lagi dah research (memang rajin buat research hehe). So ada banyak sangat information melimpah-ruah nak kongsi ni HAHAA!

MATRIKULASI
Matrikulasi ni kalau add maths SPM ke laut dan langsung tak minat add maths, lupakan la hasrat tu huhu. Sebab subjek merit untuk masuk matriks ni salah satunya add maths. Yg drop SPM add maths tu tak boleh la nak apply matriks ni.

Macam mana nak apply matriks? Okay take note eh. My THIRD EXPERIENCE, ada 2-3 orang kawan yg terlepas nak apply matriks. Alahai sayang sangat. Hampa jangan la jadi book-bound. Jenis tak ambik tahu apa-apa luar kelas, luar buku. Asyik study sampai tak tahu perkembangan dunia tak guna jugak. As for me, I applied for matriks right after my trial SPM. Even my classmates yg non-Malay pun applied for matriks even though chances tu sangat tipis (matriks ni ada kuota mengikut bangsa unlike F6). Yg 2-3 orang kawan tu, nasib baik sangat-sangat dia applied awal tahun ni lepas dapat result SPM. Sebab permohonan matriks ni dibuka awal dan ditutup awal. Dari July until November kalau tak silap. But then the next year akan dibuka semula dari March until April.

→ Pergi BSN. Cakap nak beli no pin matriks. Nanti dia guide.
→ Kena bayar RM10.06
→ Matriks ni lain daripada UPU. UPU untuk apply asasi dan diploma je bagi lepasan SPM.
→ Buka laman web matrikulasi dan masukkan no pin yg dibeli.
→ Isi maklumat yg diperlukan. Settle.

Yuran. Untuk pelajar aliran sains dan kejuruteraan, yuran pendaftaran terkini (2018) RM500. Untuk pelajar aliran akaun mungkin lebih murah. Boleh check dekat laman web matrikulasi. Tak ada yuran lain. Kos penginapan dan pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Matriks ni bayar sekali je (macam F6).

Allowance. Unlike student STPM, student matriks dapat allowance. If I'm not mistaken RM250 sebulan.

Jurusan yg ditawarkan :-
1. Program Satu Tahun (PST) - Jurusan Sains, Perakaunan, Kejuruteraan.
2. Program Dua Tahun (PDT) -  Jurusan Sains, Perakaunan, Kejuruteraan (untuk pelajar Bumiputera shj).

Kalau dapat PST dan nak tukar ke PDT, boleh tak? Boleh. Tapi pelajar Bumiputera je boleh. Kalau dapat PDT then nak tukar ke PST? Ha itu tak boleh. Sebab dia bagi ikut result SPM. Kalau result tak berapa nais, dia bagi la PDT sebab senang nak catch-up. Kalau setahun je nanti takut tak dapat score. Apa jadi kalau tak score? Kalau pointer bawah 2.00 akan dibuang dari matriks :')

Next. Penempatan ke matriks dibuat mengikut zon. Kalau duduk Pulau Pinang, dapat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang la. Melainkan kalau pusat matriks tu dah penuh. Kalau nak tukar negeri boleh ke? TAK BOLEH. Melainkan ada sakit kronik yg memerlukan rawatan berpanjangan dan perkara lain yg tak dapat dielakkan.

Masuk matriks ni boleh apply untuk sambung degree dekat oversea tau cuma ada sesetengah universiti daripada negara yg tertentu je terima student matriks. Ada dekat negara UK, USA, New Zealand, Indonesia, Canada and ada lagi. Tunggu next post ya saya kongsikan 😇

Most of my teachers recommended me to go for matriks. Dulu pun memang tekad nak masuk matriks. Sebab plan nak sambung medic dekat Universiti Sains Malaysia (USM). Tapi entah macam mana boleh terpesong nak asasi. Maybe ramai seniors yg masuk asasi influence me to do the same kot pffft. Tak apa lah. Tunggu result UPU dulu. Kalau tak dapat asasi, daftar jelah matriks. Best jugak kan kalau dapat pursue degree oversea hehe.

DIPLOMA
Diploma ni yg kedua tak reti nak explain after A-Level and IB HAHAA! Okay sis try. 

Cara nak apply diploma adalah melalui UPU :-
→ Pergi BSN. Cakap nak beli no pin UPU.
→ Kena bayar RM15.60
→ Buka laman web UPU dan masukkan no pin.
→ Isi maklumat dan settle.

As you guys know, diploma ni pengajian paling lama dalam Malaysia. And mungkin sebabtu, science students, especially, akan jadikan diploma ni pilihan terakhir. I only found out from my ustaz that pursuing diploma could lead to degree in medicine 😍 kena ambik Diploma in Science lah. I suggest UiTM sebab Diploma in Science ni tak banyak ditawarkan dekat UA. Student ustaz tu masuk lewat sikit lah compared to other medic students.

As of for Diploma, ada yang 2 tahun, ada yang 2 tahun setengah dan ada yang 3 tahun. Paling lama 3 tahun. Tak pasti tempoh tu bergantung pada course yang diambil atau bergantung pada universiti. Kelebihan diploma ni adalah pada tempoh pengajian dia. Dah lama, apa yg advantageous nya? Okay camni. Dia lama sebab dia focus pada student yg lemah akademik. So senang la nak catch-up. Tak terkejar-kejar. Bila tak terkejar-kejar, senang nak score.

Yuran. Tak pasti pulak yuran pendaftaran berapa sebab I lack of research in diploma honestly. 

Allowance. Diploma adalah satu-satunya pengajian sebelum degree yg layak dapat PTPTN. So mungkin ringan sikit beban kewangan tu. Tapi satni nak bayaq balik jenuh cheq oi HAHAA. Asalkan pandai menabung and berjimat, إن شاء الله‎  tak ada masalah. 

Penginapan. Unlike pengajian yg lain, student diploma ni kena duduk dekat luar jugak macam student degree. Lepas tahun kedua kena keluar. Kecuali kalau merit koko tinggi, boleh la stay kolej. My second brother dulu ulang-alik je dari rumah ke fakulti naik motor. Nasib baik dapat UiTM Penang. Dekat dengan rumah.

Okay ada satu je experience about diploma which I got from my brother. He's the only siblings (out of 4 yg dah sambung belajar) yg ambik diploma. Dia student SASER. SPM straight As. Dapat matriks Kedah dalam aliran sains. Lepastu dapat degree IT. Dapat sponsorship if I'm not mistaken. Memang tak la dia sia-siakan subjek sains untuk belajar IT huhu. Lagipun dia tak minat. Disebabkan dia tolak degree IT, dia kena ambik diploma semula :-( he took Diploma in Mechanical Engineering. Itula antara keburukan ambik matriks ni. Dia tak ada jaminan dan laluan yg dikhususkan dalam degree macam foundation. Depends pada rezeki jugak la. Sebab kakak no4 ambik matriks. Dia dapat bidang sains dekat Research University (Universiti Putra Malaysia, UPM).

Ada kawan aliran sains SPM yg minat bidang seni. Dia apply diploma in UiTM. I guess UiTM is the best choice if you want a course other than science sebab UiTM bukan Research University. My friend had passed her interview session and I hope she will make it. If you are interested in arts, keep updated to my blog because I will share about the interview to diploma in arts, especially in UiTM, soon.

A-LEVEL & INTERNATIONAL BACCALAUREATE
These two courses are offered only in private universities in Malaysia. And to my understanding, these courses are for those who wanted to pursue study oversea. I've never done a research about IB so I'll skip that.

Since the counsellors in my school are very active in organizing events pertaining further studies, I know a lil bit of A-Level. Thus, I can say that 30% of my classmates had further studies in A-Level (all are non-Malays). 

All I really know about A-Level is that you only need to take 3 subjects. But the exams are very tough. I mean, VERY. A-Level is also like foundation. There's science and art stream in A-Level. 

I'm sorry if I'm not helpful :-( 

So itu je untuk perkongsian kali ni. Kalau ada soalan, boleh tanya directly at the comment section. Lastly, I wanna say, please make the right decision in which path you wanna take. Ada orang yg pilih course ikut kawan. Ada yg pilih course sebab pilihan mak. I don't understand these kind of mothers seriously haih. Anak yg nak sambung belajar biarlah diorang yg decide. Iyela memang la pilihan orang tua tu bagus sebab parents lebih berpengalaman dalam kehidupan. Tapi sometimes kita kena jugak jadi rasional dan berpendirian. If you wanna know <How To Make Decision After SPM> , please keep updated to my blog. I will write about which path should you take in certain field. Please subscribe me because I will update more and more things you need to know as a student.

Comments